Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Musim tengkujuh: Semua aktiviti pendakian di HSK Selangor ditutup mulai esok -

Musim tengkujuh: Semua aktiviti pendakian di HSK Selangor ditutup mulai esok

Semua aktiviti pendakian di Hutan Simpanan Kekal (HSK) di Selangor ditutup sementara bermula esok.

Jabatan Perhutanan Negeri Selangor (JPNS) dalam kenyataan memberitahu itu larangan tersebut berkuatkuasa sehingga 31 Jan 2022.

Menerusi notis yang dimuat naik dalam Facebook rasmi JPNS, Pengarahnya Datuk Ahmad Fadzil Abd Majid berkata pelanggaran terhadap notis tersebut akan diambil mengikut Enakmen (Pemakaian) Akta Perhutanan Negara 1985. 

Sementara itu Ahmad Fadzil ketika dihubungi BERNAMA berkata larangan tersebut dibuat bagi mengelakkan kecederaan atau kemalangan dalam kalangan pendaki pada musim tengkujuh ketika ini. 

Orang ramai boleh menghubungi JPNS di talian 03-55447000/03-55447507 atau e-mel ke admin_eco_park@forestry.gov.my untuk maklumat lanjut.