PENGASAS aplikasi pengangkutan awam e-panggil, MyCar, yang juga merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) MyCar SuperApp, Mohd. Noah Maideen dilaporkan meninggal dunia pada 11.04 pagi Isnin.
Mohd. Noah yang merupakan pemilik tunggal syarikat pengangkutan awam e-panggil 100 peratus milik bumiputera itu meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh selepas 14 hari dimasukkan ke wad akibat jangkitan Covid+19.
Bagaimanapun, pihak hospital telah mengesahkan bahawa Allahyarham telah bebas daripada wabak berkenaan dan kematiannya bukan disebabkan oleh penyakit tersebut.
Turut disahkan dijangkiti Covid-19 adalah isteri dan anak-anak beliau.
Allahyarham meninggalkan dua orang balu dan empat orang anak.
Mohd. Noah mengasaskan MyCar pada tahun 2017 dan pada ketika syarikat e-panggil Amerika Syarikat, Uber menarik diri dari pasaran Malaysia, syarikatnya menjadi pesaing utama kepada Grab.
Jenazah dijangka akan dibawa ke Surau Al-Ihsan, Setia Alam di sini pada petang ini dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Meru, Klang. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.