Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Harga barang naik: Lambat lagi nak tunggu Tahun Baru Cina -

[VIDEO] Harga barang naik: Lambat lagi nak tunggu Tahun Baru Cina

KENAIKAN harga barang basah terutama sayuran yang dijangka kekal mahal sehingga Tahun Baru Cina pada Januari depan menimbulkan kebimbangan orang ramai. 

Ketika ramai terkesan akibat pandemik Covid-19 yang menyebabkan ramai hilang punca pendapatan, perkembangan terkini harga barang asas itu terus menambah beban rakyat. 

Sebelum ini, Presiden Persatuan Pemborong Sayur Kuala Lumpur, Wong Keng Fatt menjangkakan harga akan kekal tinggi sehingga musim perayaan Tahun Baru Cina awal tahun depan. 

Masalah itu timbul berikutan pembekal utama di Cameron Highlands mendakwa mereka kekurangan tenaga kerja sekaligus terpaksa mengurangkan pengeluaran. 

Wartawan SatuBerita telah melakukan tinjauan di sekitar Gombak, Selangor untuk mendapatkan reaksi pengguna berkaitan dengan perkembangan terkini itu. 

Menurut Sharina, 56, isu kenaikan harga barang ini sudah cukup membebankan rakyat, jadi lebih baik dipercepatkan tempoh untuk turunkan harga barang.

“Sepatutnya diawalkan lagi, rasanya macam lambat sangat nak tunggu sehingga Januari. 

“Satu bulan itu pun memainkan peranan juga, ianya berbeza kalau nak menyara hidup dalam tempoh masa sebulan,” katanya ketika ditemui SatuBerita.

Pada masa sama, Sharina turut terkejut dengan kenaikan harga barang secara mengejut dan ditambah pula dengan perbezaan harganya yang nampak ketara.

“Memang perkara ini membebankan rakyat, kalau yang sudah berkerja tidak mengapa, tapi bagaimana dengan mereka yang masih tidak berkerja?” katanya.

Sharina juga berharap agar kerajaan dapat menyelesaikan isu ini secepat mungkin demi memudahkan dan meringankan beban rakyat.

Hakikat sama dikongsi Azman, 35, yang meluahkan rasa tidak puas hati dengan isu harga barang yang dijangka akan kekal tinggi untuk tempoh beberapa bulan lagi. 

“Saya rasa macam lama lagi nak tunggu untuk harga diturunkan,

“Saya rasa tidak perlu pun dinaikkan harga barang, apa guna kerajaan bagi kita bantuan tapi pada masa yang sama dia naikkan harga barang. Seolah-olah macam tak perlu bagi bantuan pun.” ujarnya.

Sebagai pengguna, katanya rakyat berasa ditindas dan berharap agar kerajaan segera mengambil langkah perlu mengawal harga barang asas. 

“Harap pertimbangkanlah isu ini sebab rakyat tengah susah, takkan nak duduk dalam hutan, kita kena hidup bermasyarakat.” katanya. – SB