KENAIKAN harga barang khususnya sayur boleh diatasi jika kerajaan memberi subsidi kepada peladang dan pemborong.
Seorang peniaga sayur, Siva Yoham, 48, berkata, harga di peringkat runcit mungkin kembali stabil jika harga diperingkat peladang dan pemborong terkawal.
Menurutnya, harga sayur di ladang mula meningkat disebabkan musim hujan yang berlarutan.
“Sekarang ini musin hujan yang berlarutan, jadi tumbuhan tidak tumbuh dengan cepat dan menyebabkan proses penyediaan sayur-sayuran ini agak lambat,” katanya kepada SatuBerita ketika ditemui di kedai AgroTani miliknya di Gombak hari ini.
Beliau yang mengakui turut terkesan apabia jualan semakin merosot berkata, harga di kedai bergantung kepada harga peladang dan pemborong.
Antara sayur yang naik naik harga ialah sawi, bayam, kangkung dan kobis.
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.