Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tangguh dulu naikkan harga roti Gardenia - Rosol -

Tangguh dulu naikkan harga roti Gardenia – Rosol

KEMENTERIAN Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah meminta pengeluar produk roti Gardenia, Gardenia Bakeries (KL) Sdn Bhd menangguhkan langkah untuk menaikkan harga roti dan ban keluarannya di pasaran.

Sebelum ini, tular harga runcit dan pengguna bagi pelbagai produk roti dan ban Gardenia akan dinaikkan mulai 1 Disember.

Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Datuk Rosol Wahid berkata, pihaknya telah mengadakan perbincangan dengan syarikat terbabit dan memberi cadangan penangguhan kenaikan harga itu.

“Walaupun menaikkan 10 sen sahaja, namun ia tetap memberi kesan khususnya kepada pengguna B40.

“Oleh itu, KPDNHEP mengharapkan pertimbangan pihak pengeluar produk roti itu untuk menangguh dahulu cadangan menaikkan harga roti di pasaran.

“Pelbagai alasan yang diberikan susulan cadangan kenaikan harga itu termasuk kenaikan harga tepung gandum di pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Kempen Keselamatan Pengguna Kerjasama Petronas dan KPDNHEP di Stesen Minyak Petronas, Kuala Berang, Terengganu, hari ini.

Selain itu, Rosol berkata Gardenia Bakeries dijangka memberi jawapan selewat-lewatnya esok sama ada bersetuju menangguhkan kenaikan harga atau sebaliknya.

“Kami akan cari satu jalan penyelesaian terbaik bagi menyelesaikan masalah itu untuk kebaikan Gardenia Bakeries dan pengguna,” katanya. – SB