Saringan Covid-19 dalam kalangam murid sekolah rendah setiap Rabu

0
263

BAGI mengekang penularan wabak Covid-19 dalam kalangan murid sekolah rendah, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menjalankan program saringan mingguan terhadap mereka.

KPM akan melaksanakan program saringan tersebut dengan mengambil 10 peratus sampel saringan Covid-19 mingguan melalui kaedah penggiliran kepada murid sekolah rendah setiap Rabu pada hari persekolahan.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan, Senator Datuk Dr. Mohd. Radzi Md. Jidin, KPM telah membekalkan kit ujian kendiri Covid-19 ke sekolah rendah di bawahnya bagi memastikan ujian saringan tersebut dapat dilaksanakan sebagaimana tatacara pelaksanaan ujian kendiri yang terkandung dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.

“KPM akan mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan saringan bergilir Covid-19 untuk murid sekolah rendah yang perlu dilaksanakan pada setiap Rabu.

“Kami juga menyarankan agar ketetapan ini turut terpakai di semua sekolah rendah dan institusi pendidikan swasta yang berdaftar di bawah KPM,” katanya dalam kenyataan pada Sabtu.

Sebelum ini pada Jumaat, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar telah mengumumkan kerajaan mewajibkan murid sekolah rendah untuk menjalani ujian saringan Covid-19 mingguan secara bergilir, bagi mengelakkan wujudnya kluster pendidikan.

Beliau berkata, ujian terbabit adalah sebahagian daripada Strategi Pengujian Covid-19 Kebangsaan. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here