Lebih 2.6 juta remaja lengkap divaksin

0
216
Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja (Gambar hiasan)

SERAMAI 2.61 juta (83.1 peratus) daripada populasi remaja di negara ini lengkap menerima suntikan vaksin Covid-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan menerusi laman COVIDNOW, sebanyak 2.77 juta individu (87.9 peratus) golongan itu menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. 

Bagi populasi dewasa pula, seramai 22.46 juta individu (95.9 peratus) telah melengkapkan vaksinasi mereka, manakala 22.96 juta (98 peratus) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin Covid-19.

Sebanyak 113,741 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 4,929 dos pertama, 6,376 dos lengkap serta 102,436 dos penggalak. 

Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 52.67 juta. – Bernama