5,097 kes covid-19 baharu direkodkan hari ini

0
232

WALAUPUN masih berada pada lingkungan 5,000, kes baharu Covid-19 terus mencatatkan penurunan kepada 5,097 jangkitan hari ini selepas empat hari trend peningkatan kes sehingga melebihi paras 6,000, kelmarin.

Semalam, sebanyak 5,501 kes telah dilaporkan.

Kali terakhir negara merekodkan kes di bawah angka 5,000 adalah pada Isnin lalu yang menyaksikan sebanyak 4,885 jangkitan dikesan.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kumulatif kes COVID-19 telah pun mencecah 2.619 juta setakat ini.

“Pada 27 November 2021, jumlah kes COVID-19 yang dilaporkan adalah 5,097 kes menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,619,577 kes.

“Maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW: https://covidnow.moh.gov.my

“Data harian laman COVIDNOW dikemaskini sekali gus selepas tengah malam,” katanya dalam hantaran di media sosial. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here