Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Langgar belakang sebelum pukul mangsa, larikan kenderaan -
Maut kutip sewa

Langgar belakang sebelum pukul mangsa, larikan kenderaan

MELANGGAR belakang kereta sebelum memukul mangsa dan melarikan kedneraan mangsa di Jalan Besar Kepong, Kuala Lumpur semalam.

Itu taktik yang digunakan dua penjenayah dalam kejadian pada pukul 11.20 malam itu yang turut menyebabkan mangsa, 30-an, cedera.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Beh Eng Lai berkata, kejadian dipercayai berlaku apabila kenderaan jenis Mitsubishi ASX yang dipandu mangsa dirempuh sebuah kenderaan dari bahagian belakang.

“Seorang suspek bertindak menghampiri mangsa dan menumbuk mata kiri dan kepala mangsa sebanyak dua kali sehingga menyebabkan mangsa terjatuh di jalan.

“Suspek kemudian bertindak melarikan kereta milik mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Eng Lai berkata, ketika kejadian laluan berkenaan gelap kerana tiada lampu jalan.

“Mangsa dibantu oleh orang awam yang kebetulan melalui jalan berkenaan sebelum dihantar ke Hospital Desa Park City, Kepong untuk mendapatkan rawatan lanjut.

“Polis kini sedang giat memburu dua suspek berkenaan dan kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan,” katanya.