Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun antara dijangkiti Covid-19 di Labuan -

Kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun antara dijangkiti Covid-19 di Labuan

LABUAN merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa hari ini.

Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan, Dr. Ismuni Bohari berkata dua kluster aktif itu adalah Kluster Jalan Jati melibatkan sebuah bistro dan Kluster Bukit Kuda yang membabitkan sekumpulan komuniti tempatan.

“Kluster Jalan Jati dicetuskan oleh sekumpulan pelanggan premis makanan dan minuman (F&B) di Jalan Jati di pusat bandar, yang dahulunya sebuah premis hiburan sebelum dijadikan bistro.

“Kluster tersebut muncul pada 21 Nov dan kluster ini menular dengan pantas dan menyebabkan lebih banyak jangkitan,” katanya kepada Bernama hari ini.

Dr. Ismuni berkata kanak-kanak berumur satu hingga sembilan tahun, antara individu yang dijangkiti menerusi kluster tersebut.

“Sekurang-kurangnya 18 kes telah disahkan menerusi ujian reaksi berantai polimerase (PCR) dalam kluster tersebut, kita telah menganalisis kadar jangkitan kluster ini yang didapati tinggi,” katanya.
Sementara itu, katanya, Kluster Bukit Kuda mula dikesan pada 19 November selepas satu keluarga mengadakan majlis pertunangan. 

“Kluster berkenaan masih aktif dengan pertambahan bilangan kes positif,” katanya.

Dr. Ismuni berkata, satu subzon merekodkan 10 kes positif, zon dua (22), zon tiga (19), zon empat (32) dan subzon lima dengan 29 kes.

Beliau berkata, dua pesakit (seorang daripadanya kanak-kanak) berada dalam kategori empat dan lima. 

Kedua-dua pesakit sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi dan memerlukan bantuan pernafasan.

“Labuan sedang berhadapan dengan turun naik kes positif yang kebanyakan disumbangkan oleh pengembara dan aktviti perhimpunan sosial,” katanya. – Bernama