Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
8.5 juta kematian akibat NCD di Asia Tenggara kesan kurang aktiviti fizikal - WHO -

8.5 juta kematian akibat NCD di Asia Tenggara kesan kurang aktiviti fizikal – WHO

PERTUBUHAN Kesihatan Sedunia (WHO) menggesa negara di rantau Asia Tenggara mempercepat tindakan menangani masalah kekurangan aktiviti fizikal dalam kalangan penduduk bagi membendung peningkatan penyakit tidak berjangkit (NCD) yang telah mengakibatkan kira-kira 8.5 juta kematian setiap tahun.

“Aktiviti fizikal dapat membantu mencegah penyakit tidak berjangkit seperti penyakit jantung, strok, diabetes dan beberapa jenis kanser, yang terus menjadi pembunuh utama di rantau ini dan  risiko penyakit yang teruk dan kematian akibat COVID-19 yang sedang melanda,”  kata Pengarah Serantau Asia Timur WHO, Dr. Poonam Khetrapal Singh.

Pada masa ini, 15 peratus dewasa dan 74 peratus remaja berumur 11 hingga 17 tahun di rantau ini tidak melakukan aktiviti fizikal yang mencukupi seperti disarankan, katanya dalam satu kenyataan.

Justeru, negara dan komuniti mesti menyediakan lebih banyak ruang serta peluang kepada masyarakat untuk lebih aktif secara fizikal terutamanya ketika sekatan pergerakan dan bekerja dari rumah menjadi antara penyumbang kepada gaya hidup tidak aktif.

Pendekatan kerjasama pelbagai sektor diperlukan untuk membolehkan persekitaran yang selamat untuk aktiviti fizikal diwujudkan.

Sejak 2014, WHO telah menyokong program aktiviti fizikal sebagai satu daripada langkah pencegahan utama dan terbaik untuk mencegah NCD.
Baru-baru ini juga WHO telah melancarkan Pelan Hala Tuju Serantau bagi melaksanakan Pelan Hala Tuju Global untuk Aktiviti Fizikal, bermatlamat memudahkan aktiviti itu khususnya untuk meningkatkan peratusan aktiviti fizikal menjelang 2025. – Bernama