Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Pemandu treler nyaris gilis lelaki di stesen minyak tampil buat laporan polis -

[VIDEO] Pemandu treler nyaris gilis lelaki di stesen minyak tampil buat laporan polis

PEMANDU treler wanita yang terbabit di dalam kemalangan yang hampir meragut nyawa seorang lelaki di sebuah stesen minyak di Bandar Sultan Suleiman, Klang pada Rabu, telah tampil bagi membuat laporan polis berhubung kejadian.

Wanita berusia 35 tahun itu membuat laporan di Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Ibu Pejabat Daerah (IPD) Klang Utara, Selangor, semalam.

Perkara itu disahkan IPD Klang Utara menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi mereka dan memaklumkan polis masih menjalankan siasatan bagi mengetahui punca sebenar kejadian.

Dalam satu kenyataan pada Rabu, Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berlaku di stesen minyak berkenaan kira-kira jam 8.30 pagi.

Katanya, ketika kejadian, sebuah lori kontena yang dipandu oleh wanita berkenaan membuat pusingan ‘U’ di dalam kawasan stesen minyak, sebelum melanggar mangsa yang sedang mengisi angin tayar motosikalnya.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah terjatuh dan hampir digilis lori berkenaan,” katanya.

Katanya, mangsa yang juga warga tempatan berusia 29 tahun mengalami luka pada tangan dan sakit pada bahagian kaki serta badan.

“Siasatan dijalankan di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

Pada Rabu, satu video berdurasi 23 saat tular di media sosial yang memaparkan seorang lelaki yang sedang mengisi angin tayar motosokal dilanggar sebuah treler yang sedang membuat pusingan U sehingga menyebabkan mangsa tergolek ke bawah bahagian kepala lori.

Mangsa bagaimanapun bernasib baik apabila sempat bangun sebaik sahaja kaki kanannya hampir digilis treler berkenaan.–SB