Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tiada royalti pertroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan -

Tiada royalti pertroleum untuk Kelantan, hanya wang ehsan

PETRONAS tidak akan membuat bayaran royalti tunai kepada mana-mana negeri di Semenanjung termasuk Kelantan, kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.

Dalam jawapan bertulis yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, beliau berkata, ini kerana kedudukan medan pengeluaran petroleum yang beroperasi adalah di luar perairan negeri Kelantan.

Namun begitu katanya, memandangkan lokasi medan petroleum adalah berdekatan dengan perairan negeri Kelantan, maka kerajaan persekutuan membuat pembayaran dalam bentuk wang ehsan.

“Ia bagi melaksanakan projek dan program untuk manfaat rakyat di negeri tersebut,” katanya.

Beliau menjawab soalan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) yang meminta kerajaan menyatakan status terkini tuntutan bayaran royalti tunai oleh kerajaan negeri Kelantan. – SB