Lebih 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV

0
294

LEBIH 150,000 kanak-kanak di Nigeria dijangkiti HIV, lapor Agensi Anadolu. 

Ketua Agensi Kawalan AIDS (NACA) Nigeria, Gambo Aliyu berkata pada Khamis negara itu telah mencapai kemajuan ketara dalam memerangi HIV/AIDS, sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Bagaimanapun, katanya hanya 80,000 kanak-kanak daripada 150,000 menerima rawatan berkala.

Hampir 1.8 juta orang di negara ini dijangkiti HIV, dengan 90 peratus daripadanya tidak menyedari mereka dijangkiti manakala 96 peratus lagi sedang menerima rawatan. 

Aliyu berkata NACA akan meneruskan kempen memerangi HIV/AIDS dan menyeru masyarakat untuk menjalani ujian saringan bagi mengesan virus itu.– BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here