Hanya Lisa positif Covid-19, anggota lain BlackPink disahkan negatif

0
345

AGENSI yang menguruskan kumpulan BlackPink mengesahkan yang salah seorang anggota kumpulan tersebut, Lisa kini positif Covid-19.

YG Entertaiment yang menguruskan kerjaya seni mereka memberitahu, Lisa disahkan positif pada 24 November lalu setelah membuat calitan.

Namun, penyanyi berkenaan tidak mengalami sebarang simptom kerana sudah mendapatkan dua dos lengkap suntikan vaksin.

“Lisa menerima keputusan ujian pada 24 November lebih awal daripada jadual penggambaran. Malah, dia tidak mengalami sebarang gejala penyakit berkenaan,” menurut kenyataan yang diedarkan.

Difahamkan tiga lagi anggota BlackPink iaitu, Jennie, Rose dan Jisoo sudah menjalani ujian kendiri dan dilaporkan negatif dari wabak berkenaan.

“Keempat-empat ahli BLACKPINK telah lengkap suntikan vaksin Covid-19 dan semua artis kami telah mengambil langkah berhati-hati termasuklah, ujian kesihatan yang akan diambil dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Sehubungan dengan itu juga, aktiviti promosi dan kerja yang harus dilakukan oleh mereka dihentikan serta merta memandangkan anggota yang lain perlu menjalani kuarantin.

Menerusi pemerhatian di media sosial pula, topik mengenai Lisa trending nombor satu memandangkan peminat memperkatakan keadaan tersebut dan mendoakan Lisa segera sembuh.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here