5,755 kes baharu jangkitan Covid-19 direkodkan hari ini

0
229

BANYAK 5,755 kes baru Covid-19 telah direkodkan hari ini menjadikan jomlah kumulatif kini 2,602,835 kes.

Selain itu, Kementerian Kesihatan pada Rabu melaporkan, jumlah kemasukan hospital di seluruh negara bagi tujuh hari lepas telah menurun sebanyak 3.2 peratus berbanding tujuh hari sebelumnya.

Bagaimanapun, kemasukan hospital di beberapa negeri mengalami peningkatan terutamanya di Pulau Pinang (+37.6 peratus), Pahang (+24.2 peratus) dan Kelantan (+10.4 peratus).

Sejak Oktober 9, Kementerian Kesihatan hanya akan mengeluarkan pecahan kes baru mengikut negeri pada keesokan hari melalui portal CovidNow.

Pecahan mengikut negeri untuk semalam (Nov 23) di mana 5,594 kes baru dilaporkan, adalah seperti berikut:

Selangor (1,397)
Kelantan (640)
Johor (569)
Sabah (526)
Kedah (471)
Kuala Lumpur (419)
Pahang (278)
Pulau Pinang (262)
Sarawak (239)
Perak (226)
Terengganu (207)
Negeri Sembilan (139)
Melaka (112)
Putrajaya (71)
Perlis (31)
Labuan (7)

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here