Radzi nafi KPM keluar arahan guru akan dihukum jika berleter

0
617

KEMENTERIAN Pendidikan Malaysia (KPM) hari ini menafikan laporan sebuah portal berita bertajuk “Gempar’ bermula esok, guru boleh dihukum sekiranya berleter terhadap murid” seperti yang tular di media sosial.

Portal berkenaan menyiarkan laporan itu dengan memaparkan gambar Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, seolah-olah ia adalah kenyataan rasmi KPM.

Bagaimanapun, Radzi hari in menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan media berkenaan dan meminta pihak berkaitan supaya menyemak sesuatu maklumat sebelum menyiarkannya.

“Saya langsung tidak pernah membuat kenyataan sedemikian. Portal itu meletakkan gambar saya seolah-olah saya yang keluarkan kenyataan tersebut.

“KPM juga tidak pernah mengeluarkan jadual bertajuk ‘Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang’ dalkam mana-mana dokuman rasmi KPM,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook miliknya hari ini.

Radzi juga turut berkongsi kenyataan media rasmi KPM mengenai isu berkenan.

Melalui kenyataan media rasmi itu, KPM menegaskan, mereka tidak pernah mengeluarkan jadual yang bertajuk “Unit Disiplin KPM: Bentuk-bentuk Hukuman Yang Dilarang’ seperti yang tular di media sosial.

Katanya, tatacara pengurusan disiplin yang dikeluarkan oleh KPM adalah seperti berikut:

1- Peraturan-Peraturan Pendidikan (Disiplin Sekolah) 1959;

2- Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bil 8/1983: Mengenakan hukuman biasa terhadap murid-murid yang melakukan perbuatan salah laku yang tidak dinyatakan dalam peraturan-peraturan pelajaran:

3- SPI Bil 7/1995: Tatacara mengenakan tindakan dan hukuman terhadap pelajar-pelajar sekolah;

4-SPI Bil 10/2001; Semua guru adalah guru dispilin;

5- SPI Bil 7/2003: Kuasa guru merotan murid, dan

6- SPI Bil 7 Tahun 2001: Pelaksanaan standard operating procedure (SOP) 1:3:7 Pelaporan dan tindakan menangani isu disiplin.

Sehubungan itu, katanya, KPM menegaskan bahawa tatacara pengurusan disiplin murid adalah berdasarkan garis panduan dan SPI yang dinyatakan di atas – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here