[VIDEO] Gudang aksesori kereta potong terbakar

0
544

SEBUAH gudang menyimpan kereta potong dan aksesori kenderaan musnah dalam kebakaran di Taman Segambut, Kuala Lumpur, petang tadi.

Kebakaran yang berlaku kira-kira jam 5.40 petang tadi itu menyebabkan asap tebal dan api besar jelas kelihatan daripada Lebuhraya Duta-Ulu Kelang Expressway (DUKE).

Kejadian itu juga menyebabkan kesesakan laluintas apabila pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan untuk melihat kebakaran serta merakam video.

Berdasarkan beberapa rakaman video yang tular dipercayai dirakam pengguna lebuhraya, gudang yang menempatkan puluhan bahagian kenderaan itu terletak bersebelahan susur keluar dari lebuhraya berkenaan menuju ke Bandar Manjalara dan Segambut Dalam

Asap kebakaran itu dapat dilihat oleh pengguna jalan raya yang datang dari arah utara melalui Plaza Tol Jalan Duta.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.50 petang tadi.

Susulan itu, seramai 83 anggota bersama 10 jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Komander Operasi, Muhamad Ridhwan Kamarulzaman berkata, premis Jalan Kampung Pasir itu terbakar hampir 90 peratus, namun setakat ini, tiada mangsa dilaporkan cedera.

“Kerja-kerja pemadaman sedang dilakukan,” katanya. – SB

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here