Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
5,594 kes baharu, 63 kematian akibat Covid-19 hari ini -

5,594 kes baharu, 63 kematian akibat Covid-19 hari ini

SETELAH tunjukkan penurunan sehingga 4,885 semalam, kes baharu jangkitan Covid-19 negara kembali meningkat pada hari ini dengan jumlah kes baru yang dicatatkan mencecah 5,594 kes pada Selasa.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berikutan pertambahan angka baharu itu, jumlah kumulatif jangkitan Covid-19 dalam negara kini mencapai 2.69 juta.

Manakala jumlah keseluruhan kematian disebabkan COVID-19 kini melebihi 30,000 orang daripada lebih 2 juta kes positif COVID-19 yang dikesan.

Setakat malam tadi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan 63 lagi kematian baharu akibat wabak itu, sekali gus menjadikan jumlahnya kini 30,063 kes.

Menurut data KKM di portal COVIDNOW, 13 daripada 63 kes kematian yang dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought-in-dead (BID).

Kes kematian dilaporkan itu turut melibatkan sejumlah kes tertunggak dengan ada antara kes meninggal dunia beberapa minggu lalu. – SB