Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Tinggalkan BN ada hikmah - KM Sarawak -

Tinggalkan BN ada hikmah – KM Sarawak

KETUA Menteri Sarawak Abang Johari Openg pada Ahad mengatakan keputusan untuk meninggalkan Barisan Nasional (BN) merupakan satu hikmah.

Menurut Abang Johari, Sarawak mungkin tidak memiliki suara jika Gabungan Parti Sarawak (GPS) kekal bersama Barisan Nasional (BN).

Bercakap pada acara pecah tanah di Kuching, Abang Johari berkata, pemimpin Sarawak tidak memiliki pilihan melainkan hanya menurut semua arahan daripada kerajaan pusat di bawah pentadbiran BN.

“Krisis politik di peringkat nasional menyebabkan kita ambil keputusan tinggalkan BN,” katanya sehari selepas gabungan itu menang Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Beliau, lapor portal MalaysiaNow turut berkata, prinsip asas BN menetapkan sebarang keputusan mesti dipersetujui secara konsensus menyebabkab tiada ruang untuk Sarawak bangkitkan isu atau membantah sesuatu yang tidak dipersetujui.

“Sebab itu kami putuskan untuk keluar dari BN. Kini GPS boleh bersuara dalam apa jua isu. Kami boleh jaga negeri. Siapa yang lebih kenal Sarawak selain kami? Tiada siapa boleh halang, tiada siapa boleh kata tidak kepada. Kami akan terus perjuangkan hak Sarawak.”

GPS yang terdiri daripada Parti Pesaka Bumiputera Bersatu, Parti Rakyat Sarawak, Parti Demokratik Progresif dan Parti Rakyat Bersatu Sarawak, ditubuhkan berikutan kekalahan mengejut BN pada pilihan raya umum 2018.

Berhubung keputusan PRN Melaka semalam, Abang Johari berkata mesej jelas telah disuarakan kepada pemimpin politik.

Beliau juga bercakap mengenai parti “kosong”, dipercayai merujuk kepada PKR yang kalah di semua kerusi yang ditandinginya.

Ulasan beliau tersebut tampil susulan pertemuan Presiden PKR Anwar Ibrahim dengan pemimpin dan penyokong parti itu di Sarawak semalam.

Pada PRN Melaka, BN memenangi 21 dari 28 kerusi Dewan Undangan Negeri. Umno memenangi 18 kerusi, dua dimenangi MCA dua satu kerusi dimenangi MIC.

Semantara itu, Pakatan Harapan hanya memenangi lima kerusi, empat daripadanya dimenangi DAP dari lapan kerusi yang ditandinginya.

Perikatan Nasional pula memenangi dua kerusi diwakili Bersatu. – SB