Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: Warga emas jadi pengundi pertama tiba -

PRN Melaka: Warga emas jadi pengundi pertama tiba

WARGA emas, Maimon Hassan, 78 menjadi pengundi pertama yang tiba dan mendaftar di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sekolah Kebangsaan Durian Daun bagi DUN Lendu untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pemilih.

Maimon yang berasal dari Kampung Sri Tanjung tiba di PDM SK Durian Daun kira-kira jam 7.30 pagi sambil ditemani anaknya Anita Abu Hassan, 54 dan akan membuang undi di Saluran 1.

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi, akan dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang. – SB