Umum berkahwin, Jasmin Hamid buat kejutan

Pelakon senior Jasmin Hamid mengejutkan peminat apabila mengumumkan sudah berkahwin dengan jejaka pilihannya hari ini.

Perkara tersebut dikongsikan oleh wanita tersebut melalui Instagram peribadi miliknya yang memuat naik beberapa keping gambar hari bahagianya itu.

“Salam Jumaat. Syukur alhamdulillah… Bercinta dengan orang lain, nikah dengan orang lain. Sebagai seorang hamba-Nya yang beriman, wajib percaya bahawa jodoh, maut dan rezeki adalah rahsia Allah.

“Semoga dengan pernikahan ini adalah salah satu jalan untuk kami lebih dekatkan diri pada Allah SWT. Ia juga adalah berkat doa ibu bapa,sanak saudara, sahabat handai yang penyokong saya di mana kalian sentiasa doakan yang baik-baik buat saya,” tulisnya.

Pun begitu, Jasmin tidak memaklumkan siapakah gerangan lelaki yang berjaya mencuri hatinya itu.

Pada masa sama, dia juga berharap agar tiada pihak yang berkecil hati apabila tidak diundang ke majlis pernikahannya itu.

“Saya hanya buat yang afdal sahaja. Janganlah ada yang berkecil hati. Tiada majlis pun, hanya ahli keluarga sahaja,” jelasnya.

Kebanyakan peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah dan mendoakan pelakon itu berbahagia bersama pilihan hatinya itu.

Hasil perkahwinan itu pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Rohana, 31 tahun, Lukhman Hakim, 25 dan Ian Haziq, 19.