Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: Doa ibu untuk Rafiq -

PRN Melaka: Doa ibu untuk Rafiq

CALON Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Telok Mas Datuk Wira Mohd Rafiq Naizamohideen, mendapat restu dan sokongan padu anggota keluarga yang mendoakan perjuangannya dalam memperoleh kejayaan yang memberangsangkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

Memetik laporan HM, ibunya, Hanifah Othman, 72, berkata, dia akan sentiasa menjadi penyokong kuat anaknya itu.

“Saya harap semuanya akan berjalan lancar untuk dia (Mohd Rafiq), Insya-Allah.

“Saya juga berharap dia diberi mandat oleh penduduk di Dun Telok Mas ini, sekali gus dapat memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada mereka jika dipilih pada PRN kali ini,” katanya ditemui di kediamannya di Kampung Ujong Pasir.

Sementara itu, Mohd Rafiq yang juga Pengerusi PN Melaka berkata, sudah menjadi tradisi keluarganya untuk memohon restu daripada orang tua, sebelum melakukan sesuatu yang penting.

“Amat penting untuk dapatkan restu mereka, lagi pun ini adalah sebagai hormat kepada ibu bapa sebagaimana ajaran agama kita juga.

“Pada PRN kali ini, saya tidak bertanding di Telok Mas sebagai seorang pemimpin orang Melayu dan Islam saja, sebaliknya akan meneruskan khidmat bakti kepada semua masyarakat pelbagai kaum.

“Di kesempatan ini ,saya ingin mengucapkan selamat mengundi buat rakyat Melaka, khususnya penduduk di Telok Mas dan berharap kadar peratusan keluar mengundi tinggi, selain memberi peluang dan kepercayaan kepada saya untuk menabur khidmat dan bakti di kampung halaman saya ini,” katanya. – SB