JABATAN Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) negeri bersiap sedia menggerakkan aset seperti jentera, lori dan bot untuk membawa pengundi ke pusat mengundi bagi melancarkan proses pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, sekiranya terdapat kawasan dilanda banjir.
Pengarahnya Abu Bakar Katain berkata pihaknya juga memantau beberapa kawasan sering dilanda banjir sekiranya berlaku hujan lebat yang boleh mengakibatkan banjir pada hari pengundian hari ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia meramalkan cuaca di ketiga-tiga daerah di Melaka iaitu Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin adalah baik pada waktu pagi namun ribut petir pada sebelah petang.
Beberapa tempat dan fokus kita sudah tentu di kawasan kritikal yang berpotensi berlaku banjir kerana faktor seperti kawasan rendah dan berhampiran sungai.
“Walaupun tidak terlibat secara langsung dalam PRN, namun jabatan ini sentiasa bersiap sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan supaya proses pengundian berjalan lancar,” katanya ketika dihubungi semalam. – BERNAMA
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.