Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: 17% pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi ini - SPR -

PRN Melaka: 17% pengundi keluar mengundi setakat 10 pagi ini – SPR

PROSES pengundian pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada Sabtu berlangsung lancar dengan 17 peratus daripada 476,037 pengundi biasa direkodkan telah melaksanakan tugas masing-masing sebagai pengundi pada 10 pagi ini.

Pengundian membabitkan 476,037 pengundi biasa daripada keseluruhan 495,195 pengundi ini dikendalikan seramai 12,290 petugas pilihan raya di semua 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) sehingga waktu mengundi tamat pada 5.30 petang.

Proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bermula 8 pagi ini dengan 217 pusat pengundian dibuka membabitkan sebanyak 1,109 saluran bagi membolehkan rakyat Melaka memilih kerajaan baharu.

Pada 16 November lepas, seramai 11,557 orang adalah pengundi awal yang terdiri daripada anggota tentera dan pasangan serta polis telah selesai menunaikan tanggungjawab masing-masing membabitkan 31 pusat pengundian awal dengan 47 saluran manakala seramai 7,601 orang layak mengundi secara pos. – SB