Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis tahan remaja 16 tahun kes penemuan bayi dalam semak -

Polis tahan remaja 16 tahun kes penemuan bayi dalam semak

POLIS semalam menahan seorang remaja perempuan berusia 16 tahun, berhubung penemuan bayi lelaki di belakang sebuah rumah sewa di Jalan Mission di Song, Sarawak pada 9 pagi Khamis.

Remaja yang merupakan pelajar Tingkatan Empat sebuah sekolah menengah di sini, ditahan pada kira-kira pukul 6.30 petang Khamis.Ketua Polis Daerah Song, DSP Rowney Michael Jalak berkata remaja itu yang merupakan adik kepada lelaki berusia 34 tahun yang membuat laporan polis, mengenai penemuan bayi itu.

Hasil siasatan pihak kami, remaja perempuan itu yang merupakan adik kepada pengadu akhirnya mengaku bahawa dia adalah ibu yang melahirkan bayi lelaki tersebut.

“Remaja itu tidak mengaku pada awalnya kerana takut kepada keluarganya,” katanya kepada Bernama petang semalam.

Rowney memberitahu, remaja itu tidak direman tetapi sebaliknya diletak di bawah jaminan polis kerana masih berada dalam keadaan lemah selepas melahirkan bayi lelaki seberat 2.5 kilogram dan kini sedang menjalani rawatan di Hospital Kapit.

Polis kini sedang menjejaki pasangan remaja perempuan itu yang berusia antara 15 hingga 16 tahun, yang merupakan kenalan sekolah suspek di sebuah sekolah menengah di sini.

Remaja lelaki itu tinggal di sebuah rumah panjang di Ulu Sungai Manap, Song yang hanya boleh dihubungi melalui sungai dan berjalan kaki.

Pada pagi Khamis, remaja perempuan itu telah memaklumkan kepada abangnya bahawa dia terdengar suara bayi dari semak di belakang rumah mereka.

Setelah menemui bayi lelaki yang cukup sifat tanpa pakaian dan masih berdarah di tali pusat, abang remaja itu kemudiannya membuat laporan polis.

Bayi lelaki itu telah dirujuk ke Klinik Kesihatan Song bagi menjalani rawatan.– BERNAMA