Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
PRN Melaka: Kita berserah dan tawakal - Mas Ermieyati -

PRN Melaka: Kita berserah dan tawakal – Mas Ermieyati

CALON Perikatan Nasional (PN), Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara, Datuk Mas Ermieyati Samsudin selesai mengundi pagi ini dan menyeru semua pengundi menunaikan tanggungjawab mereka.

Katanya, beliau sudah berusaha sedaya upaya untuk menyakinkan rakyat untuk memilih PN dan gabungan parti itu hanya berserah dan tawakal untuk menerima keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

“Kita (PN) sudah berusaha, selebihnya serahkan kepada ALLAH dan tawakal,” katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian setelah selesai membuang undi di Sekolah Kebangsaan Ramuan China Besar, Masjid Tanah bagi DUN Ayer Limau pada Khamis.

Mas Ermieyati berbaju kurung merah jambu dan hitam antara yang terawal tiba di sini pada jam 7.53 pagi dan membuang undi di saluran tiga.

Difahamkan, terdapat lima saluran yang dibuka bagi membolehkan sebanyak 1,200 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Melaka kali ini.

Bagi DUN Tanjung Bidara, Mas Ermieyati ditentang dalam saingan tiga penjuru juga melibatkan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ab Rauf Yusoh dan calon Pakatan Harapan, Zainal Hassan. – SB