Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Bekalan air di USJ 1 hingga USJ 27 terganggu lagi -

Bekalan air di USJ 1 hingga USJ 27 terganggu lagi

PENGGUNA di kawasan USJ 1 hingga USJ 27 di wilayah Petaling mengalami gangguan bekalan air dan tekanan air rendah hari ini berikutan penurunan paras kolam air di Kolam Air Sime UEP, USJ.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn. Bhd. (Air Selangor), Elina Baseri berkata, insiden itu disebabkan masalah teknikal ‘air lock’ atau kunci udara pada paip agihan utama yang menyalurkan air ke Kolam Air Sime UEP di Kampung Kenangan Puchong.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya di semua kawasan pada 12 tengah malam ini. Air Selangor sedang berusaha untuk mengatasi masalah ‘air lock’ ini dan akan menyalurkan bekalan air secara berperingkat setelah paras kolam air agihan tersebut distabilkan.

“Tempoh masa pemulihan bekalan air di kawasan terjejas adalah berbeza bergantung kepada jarak lokasi premis pengguna dan tekanan air pada sistem agihan bekalan air,” katanya dalam kenyataan dikeluarkan pada Sabtu.

Elina berkata, Air Selangor akan menggerakkan bantuan bekalan air ke kawasan terjejas menggunakan lori tangki dengan keutamaan diberikan kepada premis-premis kritikal seperti hospital, pusat dialisis dan upacara pengebumian.

Beliau sehubungan itu mengingatkan pengguna supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika mengambil bekalan air daripada lori-lori tangki berkenaan dengan mengamalkan penjarakan fizikal dan memakai pelitup muka.

Katanya, pengguna boleh merujuk semua saluran komunikasi rasmi Air Selangor seperti aplikasi Air Selangor, Facebook, Instagram dan Twitter atau menghubungi Air Selangor menerusi talian 15300 untuk mendapatkan maklumat insiden itu dari semasa ke semasa.

Sebarang pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre menerusi laman sesawang www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor. – Bernama