Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
95.6% populasi dewasa negara lengkap divaksinasi -

95.6% populasi dewasa negara lengkap divaksinasi

SEBANYAK 95.6 peratus (22.38 juta) individu bagi populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.

Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 97.8 peratus (22.91 juta) individu bagi populasi dewasa telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksinasi.

Sementara itu 87.4 peratus (2.75 juta) individu bagi kadar populasi remaja berumur 12 hingga 17 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos manakala 82.1 peratus (2.58 juta) individu remaja telah lengkap divaksinasi.

Dalam pada itu, 105,103 dos suntikan vaksin diberikan semalam melibatkan 16,848 suntikan dos lengkap, 6,549 menerima dos pertama dan 81,706 pula mendapat suntikan dos penggalak, menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51.84 juta.

Selain itu, jumlah kumulatif dos penggalak kini sebanyak 1,407,762. – Bernama


  •