Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Penternakan berpotensi besar di DUN Gadek - Amir Muharam -

Penternakan berpotensi besar di DUN Gadek – Amir Muharam

CALON Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Gadek, Mohd. Amir Fitri Muharam antara muka baharu dan calon muda yang mewakili sebanyak 43 peratus calon daripada gabungan berkenaan yang berusia bawah 40 tahun.

Sebagai calon daripada golongan muda, beliau banyak mendapat pendedahan terhadap sektor-sektor ekonomi yang mempunyai potensi untuk menghasilkan pendapatan tinggi yang boleh dijadikan sumber ekonomi baharu penduduk di DUN Gadek.

Dapatan daripada data yang dikumpulkan oleh Amir Muharam menunjukkan  aktiviti penternakan amat sesuai untuk diusahakan oleh penduduk di kawasan itu.

“Salah satunya dalam bidang penternakan rusa yang boleh memberi kecenderungan kepada sektor usahawan mungkin juga pelancongan,” katanya menerusi satu perkongsian di Facebook, hari ini.

Selain itu, Amir Muharam berkata, beliau akan memastikan peluang pekerjaan di kawasan berkenaan akan meningkat, sekali gus meningkatkan taraf ekonomi DUN Gadek.

“Meningkatkan strategi dan pendekatan secara agresif bagi mewujudkan persekitaran yang kondusif dalam merangsang pertumbuhan dalam sektor swasta dan sektor keusuhawanan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan di sini,” ujarnya.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Tingkat infrastruktur Gadek, wujud hab peniagaan tani jadi tumpuan Amir Muharam

Dicalonkan mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Amir Muharam yang juga merupakan ahli perniagaan bakal bertanding merebut kerusi DUN Gadek, sekali gus menyaksikan persaingan enam penjuru. – SB