Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Dikhianati pembantu rumah, Nirina Zubir rugi hampir RM5 juta -

Dikhianati pembantu rumah, Nirina Zubir rugi hampir RM5 juta

Siapa sangka pembantu rumah yang disangka naif sebenarnya bergeliga dengan menukar hak milik harta milik majikan dalam diam. Ini juga nasib yang menimpa pelakon popular Indonesia, Nirina Zubir baru-baru ini.

Dia yang baru sahaja menyedari sejumlah harta sudah ditukar milik oleh pembantu rumah yang dikenali dengan nama Riri.

Semuanya bermula apabila ibunya meninggal dunia pada November 2019 namun fail yang menyimpan maklumat harta keluarga mereka didakwa hilang pada 2017.

Menurut ibunya, fail tersebut hilang namun setelah disiasat mereka percaya fail tersebut telah disimpan oleh pembantu rumah dan melakukan kerja-kerja penggelapan harta ketika itu.

Nirina bersama ibunya.

Malah abang pelakon itu, Fadhlan Karim mendakwa ada sesuatu yang janggal apabila arwah ibunya pernah memaklumkan bahawa pembantu rumahnya telah menguruskan fail harta tersebut.

“Jadi pada tahun 2017, ibu saya pernah memberitahu yang aset-aset dari failnya hilang. Apabila saya tanya, ibu berkata yang sudah ada yang menguruskannya, Riri yang urus.

“Fadhlan ada bertanya kepada Riri keberadaan fail harta yang ditinggalkan arwah namun pembantu rumah itu menjawab perkara tersebut masih dalam proses,” jelasnya.

Selepas itu tiada langsung khabar berita daripada Riri. Sejak daripada itu, mereka mula mengesyaki pasti ada sesuatu yang disembunyikan oleh Riri.

“Kemudian kami bersama-sama bertemu dengan Riri, minta dia menghantar ke nota awam yang menguruskan fail-fail tersebut.

“Apabila ke sana, pihak pejabat memberitahu yang arwah ibunya ditemani dua individu kesana untuk menguruskan fail tersebut.

“Kami terus menyiasat dan mengesyaki bahawa harta ibu telah digelapkan,” jelas Nirina dipetik Tribune News.

Riri kemudian menyerahkan semula sijil tanah tetapi mereka mendapati sijil tersebut tidak mempunyai kod bar. Mereka kemudian pergi ke Badan Pertanahan Nasional untuk memeriksa ketulenan sijil tersebut dan tertanya itu adalah sijil palsu.

Dalam diam, sijil tanah itu ditukar kepada nama mereka. Mereka menjual harta tersebut dan hasil wang digunakan untuk membuka cawangan perniagaan ayam sejuk beku yang sudah memiliki lima cawangan.

“Saya hanya minta Riri bersama dengan suami dan tertuduh lain bertanggungjawab atas perbuatan mereka. Kerugian keluarga kami cecah Rp 17 Miliar (RM4.9 juta),” tegas pelakon popular ini lagi.

Mengikut rekod, sebanyak enam sijil tanah disyaki telah digelapkan oleh Riri manakala dua darinya telah dijual dan baki empat lagi digadaikan kepada pihak bank.

Berikutan daripada penipuan tersebut, Nirina dan keluarganya mengambil masa hampir tujuh bulan untuk mengumpul bahan bukti sebelum melaporkannya kepada pihak berkuasa.

Tidak lama selepas itu, Riri dan seorang lagi individu didakwa telah ditahan untuk membantu siasatan. Difahamkan, kemungkinan akan ada lagi individu yang bakal dipanggil untuk memberi keterangan.–SB