Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Berikan PN kemenangan besar di Melaka demi kepentingan rakyat - Hadi Awang -

[VIDEO] Berikan PN kemenangan besar di Melaka demi kepentingan rakyat – Hadi Awang

DEMI kepentingan rakyat, Perikatan Nasional (PN) perlu diberikan kemenangan besar dalam pilihan Raya negeri PRN Melaka yang akan berlangsung esok (20 November).

Menurut Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, PN merupakan satu gabungan baru yang stabil dan sejak memegang tampuk kuasa perikatan itu telah membawa banyak kebaikan kepada rakyat.

Tambah beliau lagi, sejak PN mengambil alih pemerintahan banyak perkara telah dilakukan bagi membantu rakyat yang terjejas akibat pandemik COVID-19.

Bukan setakat itu sahaja, di bawah pentadbiran PN kata beliau, perpaduan kaum menjadi lebih kuat dan pertumbuhan ekonomi juga menjadi semakin baik.

“Jadi kalau mahu yang elok-elok dan baik-baik bersamalah dengan PN dan kita hendak seboleh-bolehnya peningkatan ini menang besar di Melaka.

“PN ini satu perikatan baru yang kukuh kita buat, jadi kita seru Semua rakyat pengundi-pengundi mereka khususnya untuk memilih calon perikatan nasional,” kata beliau dalam satu video yang disiarkan di laman media sosialnya pada Khamis. – SB