SERAMAI 2.58 juta individu (81.8 peratus) daripada populasi remaja di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 2.75 juta individu (87.3 peratus) bagi populasi remaja pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi dewasa, 95.5 peratus (22.37 juta) individu telah lengkap vaksinasi manakala 97.8 peratus (22.9 juta) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19.
Sebanyak 123,210 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 20,351 suntikan dos lengkap, 7,005 menerima dos pertama dan 95,854 pula mendapat suntikan dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51.72 juta. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.