Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Untuk bantu rakyat jadi pendorong Mas Ermieyati jadi ADUN -

[VIDEO] Untuk bantu rakyat jadi pendorong Mas Ermieyati jadi ADUN

CALON Perikatan Nasional DUN Tanjung Bidara, Mas Ermieyati menjawab persoalan orang ramai akan sebab mengapa beliau ingin menjadi wakil rakyat.

Beliau yang juga Naib Ketua Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu berkata, beliau amat gemar membantu orang ramai dan berkhidmat kepada masyarakat.

“Pertamanya, sebab saya sendiri suka membantu orang ramai dan saya suka untuk berkhidmat kepada masyarakat.

“Keduanya, saya rasa dengan apa yang saya ada hari ini, mungkin pengalaman, mungkin dengan ilmu yang saya ada boleh saya gunakan untuk membangunkan lagi apa yang ada di DUN Tanjung Bidara,” katanya.

Mas Ermieyati berkata demikian menerusi satu video berdurasi 50 saat yang dimuatnaik di Facebook rasmi beliau untuk menjawab persoalan berkenaan.

Sebelum ini beliau berkata, antara tumpuan utamanya ialah pembangunan kemudahan di Tanjung Bidara dan Masjid Tanah khususnya sebagai hab e-sukan untuk anak-anak muda bagi melahirkan pemain bertaraf dunia.

Dalam tumpuan pendidikan, antara lain ikrar beliau adalah menambah baik inisiatif Mahasiswa Prihatin kepada pelajar yang memerlukan bantuan komputer riba/tablet untuk tujuan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) yang lebih efisien.

Mas Ermieyati mewakili Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk memberi saingan tiga penjuru di DUN Tanjung Bidara pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang dijadual pada 20 November ini. – SB