DEWAN Undangan Negeri (DUN) Rim di Melaka memerlukan satu nafas baharu dalam segi kepimpinan daripada Pilhan Raya Negeri (PRN) Melaka yang bakal berlansung pada 20 November ini setelah mengambil kira kelemahan kerajaan sebelum ini.
Salah seorang pengundi di DUN Rim, Mohd Umar Mohd Zaidi, 24, berpendapat penduduk di kawasan itu perlu yakin dan berani untuk memberi peluang kepada wajah baharu untuk memimpin DUN berkenaan sekiranya sudah serik dengan kerajaan lama.
“Saya lebih suka kalau pemimpin itu tunaikan janji bila dia berjanji. Jadi, kita cuba lah yang baharu, kerana yang lama kita sudah tahu macamana kan,” katanya ketika ditemubual pemilik akaun Facebook Sherine Irdina.
Baginya yang bakal mengundi di DUN Rim, wajah baharu yang sesuai untuk memimpin di kawasan itu daripada tiga orang calon yang bertanding, ialah calon Perikatan Nasional (PN), Azalina Abdul Rahman.
Baca berita berkaitan: [VIDEO] Calon PN DUN Rim
“Saya nampak (yang sesuai) sekarang ini ialah calon Perikatan Nasional. Sebab kita pernah rasa zaman kerajaan lama dahulu.
“Sama macam kalau gigi kita sakit, busuk, buat apa lagi kita nak simpan, kita kena buang,” tambahnya.
Sehubungan itu, dirinya mengharapkan satu kepimpinan yang jujur, adil dan cakna dengan kesusahan rakyat sekiranya Azalina diberi peluang untuk menyandang kerusi di DUN Rim kelak.
“Dia perlu tahu kesusahan rakyat. Macam saya lah, saya seorang petani, jadi dia juga perlu turun untuk melihat kesusahan rakyat bagaimana. Saya mendoakan Azalina menjadi wakil rakyat, InshaaAllah,” ujarnya.
Sebagai rekod, Azalina akan berhadapan dengan perlawanan tiga penjuru di DUN berkenaan menentang calon Barisan Nasional (BN), Datuk Khaidiriah Abu Zahar, dan B. Prasanth Kumar (PH).–SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.