Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Buah tangan istimewa Din & Kid Search untuk peminat -

Buah tangan istimewa Din & Kid Search untuk peminat

SEBUT sahaja nama Search pastinya sebahagian besar peminat mula terkenangkan lagu-lagu popular kumpulan berkenaan. Lagu-lagu mereka terus menjadi siulan peminat dan kekal diminati hingga ke hari ini.

Apabila Amy mengundurkan diri daripada kumpulan Search pada Mac 2020, tiada siapa yang dapat menebak apa yang berlaku kepada anggota yang lain. Masalah yang dihadapi mereka bukan perkara baharu sebaliknya sudah berlarutan sejak dahulu.

Membuang jauh-jauh apa sahaja kemelut yang mereka hadapi, kini peminat gitar kumpulan ini, Noordin dan Kid tampil dengan buah tangan istimewa buat peminat mereka dengan terhasilnya boxset Rockology Search: Kid’Din Collection Siries.

Jelas Noordin, semua lagu berkenaan adalah daripada album Search yang diterbitkan syarikat Go Search Sdn Bhd.

“Pada Mac 2020, Amy secara rasmi mengumumkan dia berundur dari Search untuk memberi peluang kepada anggota Search yang lain meneruskan aktiviti kumpulan ini.

“Proses remastered semua lagu ini kami lakukan mengikut prosedur yang betul. Lagipun saya dan Kid ada hak kerana hari ini kami masih anggota Search.

“Kami juga merancang untuk merakamkan semula lagu-lagu Search pada masa akan datang dengan menggunakan khidmat penyanyi dan pemain bass yang lain,” katanya ringkas.

Bercerita lanjut mengenai boxset istimewa ini, penerbit dan pemilik Home Of Champions, Mozylir Mokhtaruddin berkata, idea menghasilkan Rockology Search: Kid’Din Collection Series ini diilhamkan Noordin ketika situasi penularan Covid-19 di negara ini dalam keadaan membimbangkan.

“Ketika itu konsert dan persembahan Search ditunda dan dibatalkan berikutan penularan Covid-19. Selepas mengambil kira beberapa faktor, saya, Noordin dan Kid sebulat suara untuk mengeluarkan kompilasi lagu berat dan balada terbaik yang dipilih sendiri oleh Noordin dan Kid.

“Ia dihasilkan khas dalam bentuk boxset bersama 17 barangan istimewa khas buat peminat Search. Ini adalah rakaman gitar terbaik daripada mereka berdua dari segi teknik, sound dan solo gitar,” tambahnya.

Antara barangan yang termuat dalam boxset ini termasuklah CD berkembar mengandungi 22 lagu Search, buku lirik, booklet diskografi, poster konsert, t-shirt, bandana dan banyak lagi.

Rockology Search: Kid’Din Collection Series hanya dikeluarkan sebanyak 500 unit dan mula dijual secara dalam talian mulai 17 November 2021 dengan harga RM299.

Layari www.fenomenasearch.com atau Facebook Home Of Champions untuk pembelian. – SB