SERAMAI 22.35 juta individu (95.5 peratus) daripada populasi dewasa di negara ini telah lengkap menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat 11.59 malam tadi.
Berdasarkan data Kementerian Kesihatan (KKM) melalui laman COVIDNOW, sejumlah 22.89 juta individu (97.8 peratus) bagi populasi dewasa pula telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.
Bagi populasi remaja, 81.4 peratus atau 2.56 individu telah lengkap vaksinasi manakala 87.2 peratus (2.75 juta) lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin COVID-19
Sebanyak 117,736 dos vaksin diberikan semalam melibatkan 20,013 suntikan dos lengkap, 6,243 menerima dos pertama dan 91,480 pula mendapat suntikan dos penggalak.
Perkembangan itu menjadikan jumlah kumulatif pemberian vaksin bagi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) kini meningkat kepada 51.59 juta. – Bernama
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.