JUMLAH kes Covid-19 negara kembali menunjukkan trend peningkatan dengan angka terbaharu yang dicatatkan pada hari ini berada pada 6,380 kes.
Peningkatan sebanyak 108 kes dapat dilihat pada jumlah jangkitan baharu pada hari ini berbanding 6,288 semalam.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata menerusi Twitter, data terbaharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia setakat ini mencecah 2.57 juta kes.
Katanya, maklumat terperinci akan dimuatnaik ke laman web http://covidnow.moh.gov.my dengan data setiap hari dikemaskini selepas tengah malam. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.