Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Mas Ermieyati serah 300 unit tablet kepada pelajar -

[VIDEO] Mas Ermieyati serah 300 unit tablet kepada pelajar

CALON Perikatan Nasional DUN Tanjung Bidara, Mas Ermieyati telah menyerahkan hampir 300 unit tablet percuma kepada penerima yang berkelayakan demi memudahkan urusan PdPR anak-anak penduduk setempat.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Mas Ermieyanti tidak peduli dilabel ‘pengkhianat’, tetap bantu rakyat walaupun sehelai surat sokongan

Menurut Mas, pada awalnya hanya 100 unit tablet dan kad sim yang ingin diserahkan namun beliau merasakan bahawa 100 unit tidak mencukupi jadi beliau telah menambah lagi 200 unit tablet untuk diedarkan.

“Saya tahu 100 unit ini tidak cukup, Jadi, saya putuskan untuk tambah lagi 200 unit yang membawa kepada keseluruhan sebanyak 300 unit semuanya.

“Walaupun sekolah dah nak buka bulan depan tapi saya percaya norma baharu telah mengubah proses pembelajaran dan pengajaran anak-anak.” katanya.

Dapat dilihat juga proses pemberian tablet ini dilakukan dengan mengikut SOP kerana pemberian hanya dilakukan secara pandu lalu sahaja.

Tambah beliau, masih ramai lagi yang memohon untuk mendapatkan tablet tersebut namun tidak diluluskan malah Mas juga menyatakan masih ada adik-beradik yang berkongsi satu tablet untuk urusan PdPR.

Sehubungan itu, Mas memohon orang ramai untuk mendoakan supaya beliau boleh terus memberi khidmat kepada penduduk setempat terutamanya di DUN Tanjung Bidara. – SB