PM ucap takziah kepada keluarga juruterbang TUDM

0
443

PERDANA Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob merakamkan ucapan takziah kepada seluruh ahli keluarga juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM), Allahyarham Kapten Mohamad Affendi Bustamy yang terkorban dalam insiden membabitkan pesawat Hawk 108 di Butterworth, Pulau Pinang malam tadi.

Dalam catatan di Facebooknya, Ismail Sabri mendoakan agar roh Allahyarham dicucuri rahmat Allah SWT dan ditempatkan bersama golongan yang beriman.

“Innalillahiwainnailaihirojiun. Alfatihah,” menurut catatan itu.

Dalam nahas jam 10.07 malam tadi, seorang lagi juruterbang TUDM, Mejar Mohd Fareez Omar cedera ketika kedua-dua juruterbang itu menjalani latihan penerbangan di kawasan landasan Pangkalan Udara Butterwoth. – BERNAMA

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here