Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
[VIDEO] Mangsa kemalangan hargai bantuan Ja’afar -

[VIDEO] Mangsa kemalangan hargai bantuan Ja’afar

“Terima kasih kerana menolong saya semasa kejadian itu,” luah seorang mangsa kemalangan.

Khairani, mangsa kemalangan jalan raya itu menghargaibantuanyang diberikan oleh calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Durian Tunggal, Ja’afar Othman.

Rakaman video kemalangan yang melibatkan motosikal yang ditunggang Khairani dan sebuah kereta itu dikongsi menerusi laman Facebook rasmi beliau.

“Semoga beliau cepat sembuh dan dikurniakan kesihatan yang baik agar dapat meneruskan kehidupan seharian macam biasa,” kata Ja’afar menerusi hantaran itu.

Menerusi video di hantaran berkenaan, kelihatan Ja’afar meluangkan masa menziarah Khairani di rumahnya yang terbaring di sebuah kerusi panjang kerana cedera akibat kemalangan berkenaan.

Lebih menyentuh hati, apabila Ja’afar menyatakan beliau akan tetap membantu orang kampung walaupun bukan semasa Pilihan Raya.

“Hari kejadian itu kebetulan saya ada, kalau bukan sebab pilihanraya pun, kita kan orang kampung, kita kenal orang kampung kita.

“Kebetulan kemalangan berlaku di depan mata saya, sahabat-sahabat saya ada kita cuba bantu,” katanya kepada Khairani yang berterima kasih kepada beliau.

Video berdurasi 36 saat itu memaparkan Ja’afar dan beberapa jentera PN yang lain bergegas membantu Khairani yang terbaring di atas jalan raya akibat kemalangan berkenaan. 

Motosikal yang dinaiki Khairani bersama rakannya dilanggar oleh sebuah kereta Perodua Myvi di simpang tiga berhampiran sebuah hentian bas di lokasi yang tidak dinyatakan. – SB