PERIKATAN Nasional (PN) telah mengumumkan ikrar yang juga merupakan manifesto gabungan untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang berteraskan kepada enam tunjang utama.
Enam tunjang utama ikrar tersebut adalah keutuhan ekonomi, keprihatinan kepada rakyat, kerancakan sektor pelancongan, kelestarian alam sekitar, kecekapan infrasturuktur dan keteguhan serta kejujuran pentadbiran.
Walau bagaimanapun, calon Perikatan Nasional DUN Pengkalan Batu, Mohd Azrudin Md Idris berkata, beliau akan menitikberatkan tiga tunjang tersebut kepada penduduk di DUN Pengkalan Batu.
Menurut Azrudin, tunjang pertama yang akan ditekankan adalah dari segi keutuhan ekonomi kerana kerajaan sekarang sedang berusaha sedaya upaya demi memulihkan ekonomi.
“Yang kedua, saya akan tekankan keprihatinan kepada rakyat terutamanya kepada penduduk di kawasan Pengkalan Batu kerana penduduk di kawasan tersebut memerlukan pembelaan,”
“Yang ketiga adalah kerancakan sektor pelancongan kerana ianya harus dititkberatkan terutamanya di kawasan saya sendiri di DUN Pengkalan Batu untuk kita fikirkan apa yang boleh kita bantu terutamanya peniaga-peniaga jalanan, peniaga restoran dan pengusaha-pengusaha homestay,” katanya menerusi perkongsian di Facebook rasmi beliau.
Inilah tiga perkara yang akan ditekankan dan ianya juga merupakan janji beliau sekiranya DUN Pengkalan Batu berada di bawah pimpinan beliau. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.