Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Polis Johor, Singapura bekerjasama siasat kes ugut Ketua Biro Aduan Awam MCA -

Polis Johor, Singapura bekerjasama siasat kes ugut Ketua Biro Aduan Awam MCA

POLIS Johor akan bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura berhubung siasatan kes ugutan ah long terhadap Ketua Biro Aduan Awam MCA Pasir Gudang, Lim Thow Siang baru-baru ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, kerjasama tersebut berdasarkan maklumat diterima mengenai nombor telefon dan nombor akaun bank, dipercayai digunakan ah long yang didakwa dari republik berkenaan.

“Satu laporan polis berkaitan kes ini telah diterima dan kami sedang menjalankan siasatan selain akan mendapatkan bantuan daripada pihak berkuasa di Singapura.

“Kes ini akan mengambil masa yang lama kerana melibatkan pihak berkuasa negara luar, selain memerlukan banyak kaedah dan lapisan untuk disiasat,” katanya mengulas mengenai siasatan kes ugutan ke atas Lim, baru-baru ini dalam satu sidang media di sini hari ini.

Sementara itu, Thow Siang menerusi satu sidang media berasingan hari ini berkata telah menerima ugutan daripada lelaki dikenali sebagai ‘Sky’, dipercayai seorang ah long dari Singapura.

Beliau mendakwa individu terbabit mengugut akan membakar rumahnya sekiranya terus membantu mangsa-mangsa penipuan membabitkan warga Malaysia yang bekerja di Singapura.

Thow Siang turut mendakwa individu berkenaan dipercayai orang sama yang terbabit dalam ugutan terhadap Ketua Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA Malaysia, Chua Jian Boon, baru-baru ini. – Bernama