Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Pesakit Covid-19 di hospital Melaka meningkat -

Pesakit Covid-19 di hospital Melaka meningkat

Jumlah kemasukan pesakit Covid-19 ke hospital di negeri Melaka mencatat peningkatan sehingga 57 peratus dalam tempoh tujuh hari lalu, ketika kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka memuncak dan memasuki minggu kedua.

Portal COVIDNOW menunjukkan kadar peningkatan itu kedua tertinggi di negara ini dan dicatatkan ketika pusingan akhir kempen PRN.

Menurut Harian Metro, onjakan itu menjadikan jumlah penggunaan katil hospital kerajaan di Melaka semakin membimbangkan, iaitu pada kadar 77 peratus dengan 24.1 peratus daripadanya bagi kes Covid-19.

Tujuh hari lalu yang juga hari pertama kempen PRN Melaka, jumlah kemasukan harian pesakit Covid-19 mencatatkan 15 kes, namun meningkat kepada 26 kes pada Selasa, disusuli 70 kes (Rabu), 26 kes (Khamis), 31 kes (Jumaat), 32 kes (Sabtu) dan 33 kes semalam.

Selain itu, jumlah kes baharu Covid-19 di negeri bersejarah itu juga mencatat peningkatan tiga peratus sejak tujuh hari lalu, dengan 195 purata kes dalam tempoh seminggu.

Kadar kebolehjangkitan (Rt) Covid-19 di Melaka pula tidak menunjukkan sebarang penurunan dan menghampiri 1.0, apabila mencatatkan 0.97 semalam.

Jumaat lalu, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, dilaporkan berkata, purata Rt di seluruh negara kembali mencatatkan 1.0, sekali gus bererti pola penurunan jumlah kes baharu sejak beberapa minggu lalu sudah terhenti.

“Ini bermakna kes harian semakin mendatar dan kebimbangan kita jika ia kembali meningkat.

“Orang ramai digesa patuh kepada prosedur operasi standard (SOP) dan kumpulan rentan disaran segera mendapatkan dos penggalak bila janji temu diberi,” katanya.