DILEMA berwajah ‘jambu’, ini sebenarnya yang berlaku kepada segelintir artis tanah air apabila wajah mereka sebenarnya memberikan ‘masalah’ kepada bidang lakonan.
Beberapa nama pelakon lelaki sebelum ini turut berhadapan dengan masalah yang sama apabila wajah ke anak-anakan mereka menghadkan watak yang boleh dilakonkan dalam mana-mana produksi.
Perkara ini turut dilalui oleh pelakon Afiq Shazwan, 24 tahun yang dikritik membawakan watak suami sedangkan wajahnya terlalu muda dan terlalu berat untuk watak berkenaan.
“Memang dalam drama berkenaan saya membawakan watak remaja lelaki yang berkahwin muda. Jadi sudah tentu pembawaan juga begitu.

“Kalau dilihat pada dunia luar pun, memang ramai pasangan muda yang memilih untuk bernikah awal. Jadi tak ada masalah pun dengan watak yang saya bawakan ini,” kata pelakon drama Diari Seorang Suami ini.
Pun begitu Afiq tidak menolak isu tersebut timbul kerana ada sebilangan penonton sudah mengenalinya sejak bergelar pelakon kanak-kanak lagi.
Dia yang memulakan kerjaya lakonan sejak berusia 11 tahun mengakui ramai yang masih menganggapnya sebagai kanak-kanak dan belum move on dengan perkara tersebut.
“Saya sedar perkara tersebut kerana masih ada yang ingat saya masih kanak-kanak. Bila usia sudah meningkat pandangan mereka masih sama seperti dahulu.

“Mungkin mereka masih nampak saya muda dan tidak membezakannya. Tapi itu bukan masalah besar. Saya pun tak boleh la selesa dengan watak budak-budak atau pelajar kolej sahaja,” katanya yang turut popular sebagai penyanyi.
Untuk rekod, Diari Seorang Suami bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3 sejak 12 November lalu.
Dilema berwajah jambu, ini jawapan Afiq Shazwan
Dilema berwajah ‘jambu’, ini sebenarnya yang berlaku kepada segelintir artis tanah air apabila wajah mereka sebenarnya memberikan ‘masalah’ kepada bidang lakonan.
Beberapa nama pelakon lelaki sebelum ini turut berhadapan dengan masalah yang sama apabila wajah ke anak-anakan mereka menghadkan watak yang boleh dilakonkan dalam mana-mana produksi.
Perkara ini turut dilalui oleh pelakon Afiq Shazwan, 24 tahun yang dikritik membawakan watak suami sedangkan wajahnya terlalu muda dan terlalu berat untuk watak berkenaan.
“Memang dalam drama berkenaan saya membawakan watak remaja lelaki yang berkahwin muda. Jadi sudah tentu pembawaan juga begitu.
“Kalau dilihat pada dunia luar pun, memang ramai pasangan muda yang memilih untuk bernikah awal. Jadi tak ada masalah pun dengan watak yang saya bawakan ini,” kata pelakon drama Diari Seorang Suami ini.
Pun begitu Afiq tidak menolak isu tersebut timbul kerana ada sebilangan penonton sudah mengenalinya sejak bergelar pelakon kanak-kanak lagi.
Dia yang memulakan kerjaya lakonan sejak berusia 11 tahun mengakui ramai yang masih menganggapnya sebagai kanak-kanak dan belum move on dengan perkara tersebut.
“Saya sedar perkara tersebut kerana masih ada yang ingat saya masih kanak-kanak. Bila usia sudah meningkat pandangan mereka masih sama seperti dahulu.
“Mungkin mereka masih nampak saya muda dan tidak membezakannya. Tapi itu bukan masalah besar. Saya pun tak boleh la selesa dengan watak budak-budak atau pelajar kolej sahaja,” katanya yang turut popular sebagai penyanyi.
Untuk rekod, Diari Seorang Suami bersiaran setiap hari Rabu hingga Sabtu, pukul 9 malam menerusi slot Lestary TV3 sejak 12 November lalu. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.