5,413 kes baharu Covid-19 dicatatkan hari ini

KEMENTERIAN Kesihatan hari ini melaporkan 5,413 kes baru Covid-19 berbanding 5,143, semalam.

Ini menjadikan kes kumulatif kini berjumlah 2,556,865.

Bagi jumlah kemasukan hospital di seluruh negara pula, data menunjukkan berlaku peningkatan sebanyak 8.54 peratus dalam tujuh hari lalu berbanding tujuh hari sebelum ini.

Negeri yang menunjukkan peningkatan yang ketara termasuk Kuala Lumpur (+109.9 peratus), Melaka (+78.3 peratus), Negeri Sembilan (+39.8 peratus), Kedah (+31.6 peratus), Perak (+19.2 peratus), Selangor (+12.7 peratus) dan Johor (+10.3 peratus). – SB