Leher jinjang Uqasha Senrose undang usikan nakal peminat

0
619

Uqasha Senrose sekali lagi mencuri perhatian peminat apabila gambar yang dimuat naik ke dalam Instagram miliknya bahan usikan nakal peminat apabila lehernya kelihatan terlebih panjang dipercayai akibat terlebih suntingan.

Baca berita berkaitan: [VIDEO] Tarikh majlis pasangan Uqasha, Kamal semakin hampir?

Gambar yang dimuat naik ketika hadir ke program Maharaja Lawak Mega 2021 cukup cantik dengan rona ungu muda namun perhatian peminat nampaknya lebih tertumpu kepada bahagian leher dan tangan yang sedikit lain daripada kebiasaan.

Perkara tersebut menjadi ‘bahan’ netizen yang mendakwa bakal isteri kepada pelakon Kamal Adli itu telah menyunting gambar tersebut secara berlebihan dan menjadi kelakar.

“Ada yang tak kena dengan gambar ini. Leher terlalu panjang, saya fikir gambar ini diedit,” tulis Raziah Jalil.

“Agak-agaklah nak edit pun. Dah macam leher angsa aku tengok,” tulis pemilik akaun Hafiz Othman.

“Dah kenapa leher panjang sangat tu? Seram macam penanggal,” kata Emma Nasir pula.

“Uqasha ni jenis yang tak boleh tegur, kena puji sahaja. Kalau tegur terus nak terasa hati, semua nak bawa bergaduh. Peminat dia ni kaki kipas, tak cantik pun kata cantik. Gitulah perumpamaan,” tulis seorang peminat pada hantaran tersebut.

Tidak betah duduk diam, Uqasha membalas “Ye ke? Sorry la, lain kali puji sahaja” balasnya sinis.

Pun begitu rata-rata peminat tetap memuji kecantikan kakak kepada pelakon Nelydia Senrose itu yang disifatkan cukup cantik dan persis patung Barbie di mata mereka.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here