Kementerian Kesihatan (KKM) meminta orang ramai yang mendapat janji temu pemberian dos penggalak COVID-19 untuk hadir menerima suntikan mereka dan tidak melepaskan peluang meningkatkan tahap perlindungan diri.
Ini kerana, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin, berkata pemberian dos penggalak COVID-19 adalah strategi perlindungan yang penting terutama apabila pembukaan sektor ekonomi dan sosial dibenarkan.
Katanya, keberkesanan vaksin COVID-19 akan menurun selepas beberapa bulan dan disebabkan itu dos penggalak amat penting.
“Pemberian dos penggalak yang berbeza dari dos asal dilaksana di banyak negara antaranya Chile di mana dos penggalak Pfizer diberikan kepada penerima Sinovac dan keberkesanan mencapai sehingga 95 peratus.
“Buat masa ini, Pfizer diluluskan sebagai dos penggalak untuk penerima vaksin Pfizer dan Sinovac.
“KKM juga kini sedang menilai kombinasi keberkesanan beberapa vaksin lain untuk keselamatan dan akan mengumumkannya tidak lama lagi,” katanya menerusi hantarannya di Twitter. – SB
Leave a Reply
You must be logged in to post a comment.