Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Lima bayi antara 50 diselamat kejadian kepala air Sungai Kenerong -

Lima bayi antara 50 diselamat kejadian kepala air Sungai Kenerong

LIMA bayi antara 50 mangsa terselamat daripada dibawa arus sungai deras berikutan kejadian kepala air di kawasan perkelahan Sungai Kenerong, Jelawang, Dabong, di sini petang semalam.

Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan II (PBK II) Mohd Azwan Daud berkata enam anggota bersama jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Dabong tiba di lokasi kejadian 5.26 petang selepas menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5 petang.

Beliau berkata setibanya di tempat kejadian, didapati ada mangsa terperangkap di kawasan perkelahan itu dan operasi menyelamat dijalankan menggunakan tali serta bot bagi membawa keluar dan memindahkan kesemua mangsa.

“Difahamkan, mangsa yang terdiri daripada 35 dewasa, 10 kanak-kanak serta lima bayi yang terperangkap di kawasan perkelahan berkenaan sedang berkelah bersama keluarga sebelum kejadian tersebut berlaku,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Katanya, kesemua mangsa berjaya diselamatkan dan operasi menyelamat tamat pada 8.50 malam. – BERNAMA