Notice: Function _load_textdomain_just_in_time was called incorrectly. Translation loading for the google-analytics-for-wordpress domain was triggered too early. This is usually an indicator for some code in the plugin or theme running too early. Translations should be loaded at the init action or later. Please see Debugging in WordPress for more information. (This message was added in version 6.7.0.) in /home/satuberita.my/public_html/wp-includes/functions.php on line 6121
Kumpulan bersenjata samun kereta mewah tumpas -

Kumpulan bersenjata samun kereta mewah tumpas

POLIS Pulau Pinang berjaya menumpaskan satu kumpulan samun bersenjata yang melarikan kereta mewah di negeri itu selepas menahan empat suspek dalam beberapa siri serbuan bermula 21 Oktober hingga 11 November lalu di Kedah dan Perak.

Kempat-empat suspek berusia 22 hingga 26 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar Kulim dan Sungai Petani, Kedah serta di Teluk Intan, Perak hasil hasil risikan polis dan maklumat awam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais berkata, kesemua suspek disyaki terlibat melarikan dua buah kereta Mercedes Benz di pusat servis kereta di Jalan Pengkalan Bukit Tengah, Seberang Perai pada 21 Oktober lalu dengan bersenjatakan parang.

Senior Asisten Komisioner Rahimi Mohd. Ra’ais

Tamabahnya, kenderaan yang dilarikan suspek itu turut berjaya dijumpai semula di Serdang, Kuala Lumpur dan di Teluk Intan.

“Hasil ujian air kencing ke atas empat suspek mendapati seorang daripada mereka positif dadah jenis methamphetamine manakala semakan rekod jenayah mendapati kesemua mereka mempunyai beberapa rekod jenayah lampau membabitkan kesalahan jenayah dan dadah,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang hari ini.

Menurut Rahimi, kes itu disiasat mengikut Seksyen 393 Kanun Keseksaan (kesalahan melakukan samun) dan Seksyen 379a Kanun Keseksaan (kesalahan mencuri kenderaan).

Ujarnya, polis Perak turut membuka siasatan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan cubaan membunuh kerana salah seorang suspek melanggar kereta dipandu polis ketika cuba melarikan diri dalam operasi di Teluk Intan. – SB